Monday, September 15, 2014

My TTC Story 5 - Ambil darah suami isteri



Hari ni adalah hari appointment Niza dekat LPPKN utk pengambilan darah isteri dan juga suami iaitu hari keempat period. Seawal jam 7.00 pagi kami dah keluar dari rumah dengan menunggang motosikal utk ke LPPKN, Jalan Raja Laut, KL.

Memandangkan minggu ni adalah minggu cuti sekolah, so x yah la susah2 pikir mcm mane nak hantar si hero tu ke sekolah. Tinggal je kat umah dengan Opah dan Mak Yang dia. Kitorang boleh la pergi dengan senang hati...

Sampai di LPPKN dekat2 pukul 8.00 pagi. Masa pendaftaran pagi tadi, aku tanya lah kalau2 nak tukar Doktor boleh ker? Nurse kaunter tu cakap biar kami tengok dulu boleh ke tidak? Niza sebenarnya lebih prefer dengan Dr. Hamizah sbb masa preggy dulu pun follow up ngan dia dekat USJ, so selesa la sikit kan...

Setengah jam jugak la tunggu nurse pun panggil utk amik darah suami isteri. Kami pun dimaklumkan yang proses tukar doktor dah berjaya..dah dapatla Dr. Hamizah. Tetapi yang x best nye appointment untuk jumpa doktor adalah selepas period yang akan datang...

Satu yang x bestnye dekat Klinik gomen ni tu la.. dia x tanye pun kita dulu samada setuju ke kalau tukar doktor tapi tarikh appointment ditunda..Main tukar je sesuka..kata nak check dulu, lepas tu x reti2 nak tanya balik.. Nak buat macam mane kan. Kita perlukan dia, dia x perlukan kita so kena bersabar je la...

Nurse tu pun amik la darah Niza dan juga suami sambil terangkan prosidur seterusnya. Bila kita x berapa faham nak tanya balik, jawapan menyakitka hati.. nak marah2. fahamlah yang dia tu sibuk tapi pagi2 lagi dah nak marah2. jam belum pun pukul 9 pagi kalau nak cakap dah penat.

Kesimpulan yang Niza boleh buat adalah nurse2 dekat LPPKN ni x freindly. dan macam biasa doktor lebih freindly dekat pesakit berbandaing dengan nurse. Nurse2 kat situ dah la x senyum, semua bende nak suruh kita baca sendiri, dan kalau boleh jangan tanya ape2. Ikut je arahan pada kertas tu. x paham pun buat2 paham. Kita buat rawatan kat situ bukan free, beratus jugak bil nak kena bayar.

Ambil darah kali pertama suami isteri adalah utk check tahap kesihatan suami isteri seperti HIV, Hepatitis B, sakit kelamin dan ape lagi tah... Kos kali ini adalah sebanyak RM 101.00

So kos terkumpul selepas lawatan kali kedua adalah RM 203.80. Next appointment untuk ambil darah kali kedua iaitu pada hari ke-21 period.jatuh pada 2/10/2014. dah amik darah tu tunggu la next period utk jumpe doktor.. hu hu hu sedihnye...

Friday, September 12, 2014

My TTC Story 4 - Appointment


Disebabkan Niza dah pun mula period hari ni, so mula sibuk mencari hospital utk melakukan prosidur yang seterusnya.

Mula2 call mana-mana hospital utk dapatkan tarikh appointment utk X- Ray HSG. Nak terangkan lebih2 pasal HSG ni x berani la...takut salah info pulak..so boleh la tanya Cik Google ye.... Banyak jugakla hospital yang Niza call utk dapatkan appointment...

Ade beberapa kriteria yang perlu diambil kira sebelum short listed senarai hospital ni..

1. Doktor perempuan - Paling penting ni... bukan nurse yang buat tau...kena tanye tu...
2. Dekat dari rumah - Takut Cik Abang membebel kena pergi jauh2
3. Kos - Ni pun kira penting jugakla kan....

Niza ada buat perbandingan sikit utk hospital2 yang dah short listed tu...


Finally kami pilih di KPJ Selamgor di Seksyen 20, Shah Alam... Setelah ambil kira senang nak amik si hero di Putra Height....

HSG dah settle.. Kena call LPPKN pulak.

Suami isteri kena amik darah hari kedua hingga kelima period... Memandandkan cuti hujung minggu bersambung dengan cuti Hari Malaysia, nak ke tak nak kene jugak pergi 15/9/2014 iaitu hari keempat period. Kalau nak pergi lepas hari Malaysia tu kene tgu next period pulak..x boleh3x. Dibuatnya period buat hal semula, lagi lama nak tunggu..

So konpen 15/9/2014, jam 7.30 pagi supaya boleh amik time slip....




066771711

My TTC Story 3 - Lampu Merah Menjelma


Yeay... hari ni dah mula lampu merah....

Alhamdulillah... Niza dah period dah hari ni... so dah boleh la call LPPKN utk next step....

Lepas lawatan pertama di LPPKN hari tu Niza ada ambil Duphaston utk turunkan period...
Sepatutnya mengikut perkiraan selepas amik ubat tu Niza akan period pada 4/11/2014. Tapi tetap x period jugak. Degil betul period ni nak kuar kan...

So Niza pun tanyelah En. Google lagi..Tanya punya tanya, Niza terjumpa satu produk ni. Katanya sesuai utk org yang period x regular ni.... X perlu makan x perlu minum pun... Sebelum beli check dulu dengan 2-3 orang dealer utk tanya berkaitan keberkesanan produk ni....

Lepas je Niza guna produk ni sekali je.. Alhamdulillah dengan kuasa dan rezeki dari- Nya, period Niza pun menjelma.. Seronok sangat2. Baru semalam suami Niza membebel kenapa x period2 lagi ni...

Nak tau produk ape Niza guna?? Jeng...jeng...jeng.....




Produk terbaru daripada HOI-O, membantu masalah kewanitaan anda. Panty liner dengan pad je pun. x perlu makan, x perlu minum, pakai je..... 

Tuesday, September 9, 2014

My TTC Story 2



Masa 28/8/2014 hari tu, dekat LPPKN Niza amik ubat Duphaston utk turunkan period. Sepatutnya Jumaat minggu lepas, 5/9/2014 dah period, tapi sampai hari ni masih x period lagi. Kenapalah Niza ni susah sangat nak period. Nak kata pregnant, rasenya memang tak la kan..Last period 30/6/2014. Sebelum gi LPPKN hari tu dah buat UPT mmg dah x de la...

Risau sungguh hati apasal la x period2 gak ni.. Ingat nak gi jumpa Dr. Hamizah dekat Klinik Dr. Ainita tu je, tapi dia x de la pulak sepanjang minggu ni.. Minggu depan baru ada. Macam mana ni....

Ya Allah... tolongla hamba mu ini.... Nak try buat UPT sekali lagi la malam ni.. Manala tahu dengan kuasa Nya Niza pregnant ke kan....

Amin......