Friday, January 23, 2015

Cara Semulajadi Tambah Imunisasi Badan

Makanan Yang Boleh Menambah Kekuatan Imunisasi Badan


Bagi yg mmg x suka nak ambil ape supplement tu,  boleh cuba dengan cara semulajadi.....Amalkan pemakanan yg sihat ..... selamat mencuba........


Tubuh badan manusia semakin hari semakin berevolusi dengan kemampuan tubuh kita menangani berjuta-juta mikron bakteria, kulat dan virus yang berkongsi habitat sama di muka bumi.

Tahukah anda tubuh kita sebenarnya mampu bertahan dari seangan mikron yang berpotensi menyebabkan penyakit kerana imun kita dapat mengenalpasti dan menghasilkan antibodi untuk menghapuskan ikrob ini dari tubuh kita apabila ia melebih paras seimbang di dalam badan.
Tubuh kita mampu bertahan daripada serangan mikrob yang berpotensi menyebabkan penyakit

Ramai sebenarnya tidak menyedari betapa berkuasa dan pentingnya mekanisme pertahanan dalaman (imunisasi) kita ini dan keberkesanannya dalam mencegah tubuh kita dari sakit.

Malah menurut penyelidikan perubatan terkini, satu-satunya protein yang diketahui mampu melindungi manusia daripada AIDS terdapat dalam air liur kita!

Ramai orang menyangkakan sistem imun hanya berkaitan dengan AIDS. Pesakit AIDS tidak meninggal dunia secara lansung kerana kuman AIDS, tetapi daripada sistem imun yang lemah (tidak berupaya untuk menentang pneumonia dan jangkitan).

Kali ini kami akan berkongsikan kepada anda pembaca Siakapkeli katagori makanan dan jenis makanan terbaik yang boleh menguatkan sistem imunisasi badan kita.

1. PROTIEN


Membantu melancarkan proses pengeluaran sel agar system imunisasi tubuh tidak terganggu. Banyak didapati daripada ikan yang mengandungi kadar omega 3 yang tinggi seperti tuna, salmon atau sardin. Melalui omega 3 ini, sistem kekebalan tubuh dapat berfungsi hingga maksimum.

Selain ikan, produk seperti daging merah dan susu juga kaya dengan protein.

2. SAYUR-SAYURAN




Makan dengan banyak. Sebatian fitokimia yang terkandung dalam buah membantu dalam proses detoks tubuh badan. Bodi juga akan lebih kuat untuk menentang kanser. Sebatian kimia memiliki warna dan aroma yang kuat. Makanan seperti lobak merah, ubi merah labu kuning, tomato, bawang Bombay dan terung adalah antara makanan yang megandungi sebatian kimia.

3. BUAH-BUAHAN


Kebaikan buah tak kurang kalau bandingkan dengan sayur-sayuran. Tapi, buah ada kelebihan yang tersendiri sebab boleh dimakan macam tu saja tanpa perlu sibuk nak kena masak, atau rebus. Buah stroberi dan bluberi mengandungi sebatian fitokimia yang tinggi untuk membantu mencegah kanser. Nenas, pisang, mangga dan tembikai juga baik asalkan tidak dimakan dengan berlebihan sebab buah ni semua mengandungi kadar glukos yang tinggi.

4. AIR PUTIH



Dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ginjal dan hati untuk membuang racun yang terdapat dalam darah, membasmi kuman yang mendatangkan penyakit. Juga membantu untuk menghalang dari makan makanan yang manis, dan banyak. Boleh mencantikkan kulit, dan boleh kurus!

Berikut adalah 15 makanan yang digalakkan kepada anda untuk dimakan untuk meningkatkn imum badan termasuk khasiatnya:-

1. ELDERBERRY


  • Sumber ubatan yang dipercayai sejak zaman dahulu lagi iaitu ekstrak daripada buah beri hitam yang dapat mengawal daripada selsema (melalui kajian tabung uji)
  • Buah Elderberry merupakan buah yang anti-oksidan dan mempunyai keupayaan untuk melawan keradangan


2. CENDAWAN BUTANG


  • Mengandungi selenium mineral dan anti-oksidan yang membantu mengurangkan risiko selsema menjadi lebih teruk.
  • Vitamin B riboflavin dan niasin yang terkandung dalam cendawan butang ini memainkan peranan dalam membantu mengekalkan sistem imun yang sihat.
  • Kajian terhadap haiwan menunjukkan ianya memberi kesan anti-virus, anti-bakteria, dan anti-tumor.


3. ACAI BERRY


  • Kaya dengan anti-oksidan yang dikenali sebagai anthocyanins.
  • Ianya dapat membantu melawan proses penuaan dan juga dari dijangkiti penyakit.
  • Boleh didapati dalam bentuk jus atau smoothie, atau dikeringkan dan dicampur dengan granola.


4. TIRAM


  • Mengandungi zinc yang bertindak sebagai immune booster atau aphrodisiac.
  • Mineral zinc membantu untuk menjalankan sistem imun serta membantu dalam penyembuhan luka.


5. TEMBIKAI


  • Mempunyai banyak anti-oksidan yang kuat, serta glutathione.
  • Dikenali sebagai pembantu untuk meningkatkan sistem imun supaya ia boleh meningkatkan kesihatan dan melawan jangkitan.
  • Glutathione boleh didapati berhampiran dengan kulitnya.


6. KOBIS


  • Sumber immune-strengthening glutamine.


7. BADAM


  • 1/4 cawan badam dapat memberikan lebih kurang 50% khasiat vitamin E yang membantu meningkatkan sistem imun.
  • Mengandungi riboflavin, niasin, vitamin B yang membantu untuk menangani stress.


8. GRAPEFRUIT


  • Mempunyai kandungan vitamin C yang banyak.
  • Namun kajian tidak membuktikan pengambilan makanan sahaja dapat menjamin kita mempunyai kandungan vitamin C yang mencukupi.


9. GERMA GANDUM


  • Penuh dengan khasiat seperti zinc, anti-oksidan, vitamin B.
  • Juga mengandungi serat, protein, dan lemak yang baik. 


10. YOGURT RENDAH LEMAK


  • Satu cawan setiap hari boleh mengurangkan risiko dijangkiti demam.
  • Kandungan vitamin D yang tinggi dapat mengurangkan risiko demam dan selsema.


11. BAWANG PUTIH


  • Mempunyai beberapa anti-oksidan yang mengawal sistem imun.
  • Perlu dimasak dalam minyak selama 15 - 20 minit dahulu bagi mengaktifkan enzim yang merangsang sistem imun.


12. BAYAM


  • Kaya dengan nutrien.
  • Mempunyai folate yang membantu menghasilkan sel-sel baru dan pembaikan DNA.
  • Mempunyai serat, anti-oksidan seperti vitamin C, dan banyak lagi.


13. TEH


  • Sarat dengan polyphenols dan flavonoids.
  • Anti-oksidan yang terdapat dalam tea akan mencari dan memusnahkan sel radikal bebas yang merosakkan.


14. KELEDEK


  • Mempunyai anti-oksidan beta-carotene, yang membersihkan radikal bebas yang merosakkan.
  • Mengandungi Vitamin A yang dikaitkan dengan melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko kanser.


15. BROCOLLI


  • Asas immune-boosting.
  • Penuh dengan nutrien yang melindungi badan kita.
  • Mempunyai vitamin A, vitamin C, dan gluthatione.

Tidak susahkan sebenarnya hendak tingkatkan imum

No comments:

Post a Comment