Untuk bercerita, meluahkan perasaan dan juga sebagai diari hidup seorang wanita bergelar pekerja, isteri, ibu, anak, menantu, adik ipar, akak ipar dan seorang kakak kepada adik-adiknya .....
Monday, September 15, 2014
My TTC Story 5 - Ambil darah suami isteri
Hari ni adalah hari appointment Niza dekat LPPKN utk pengambilan darah isteri dan juga suami iaitu hari keempat period. Seawal jam 7.00 pagi kami dah keluar dari rumah dengan menunggang motosikal utk ke LPPKN, Jalan Raja Laut, KL.
Memandangkan minggu ni adalah minggu cuti sekolah, so x yah la susah2 pikir mcm mane nak hantar si hero tu ke sekolah. Tinggal je kat umah dengan Opah dan Mak Yang dia. Kitorang boleh la pergi dengan senang hati...
Sampai di LPPKN dekat2 pukul 8.00 pagi. Masa pendaftaran pagi tadi, aku tanya lah kalau2 nak tukar Doktor boleh ker? Nurse kaunter tu cakap biar kami tengok dulu boleh ke tidak? Niza sebenarnya lebih prefer dengan Dr. Hamizah sbb masa preggy dulu pun follow up ngan dia dekat USJ, so selesa la sikit kan...
Setengah jam jugak la tunggu nurse pun panggil utk amik darah suami isteri. Kami pun dimaklumkan yang proses tukar doktor dah berjaya..dah dapatla Dr. Hamizah. Tetapi yang x best nye appointment untuk jumpa doktor adalah selepas period yang akan datang...
Satu yang x bestnye dekat Klinik gomen ni tu la.. dia x tanye pun kita dulu samada setuju ke kalau tukar doktor tapi tarikh appointment ditunda..Main tukar je sesuka..kata nak check dulu, lepas tu x reti2 nak tanya balik.. Nak buat macam mane kan. Kita perlukan dia, dia x perlukan kita so kena bersabar je la...
Nurse tu pun amik la darah Niza dan juga suami sambil terangkan prosidur seterusnya. Bila kita x berapa faham nak tanya balik, jawapan menyakitka hati.. nak marah2. fahamlah yang dia tu sibuk tapi pagi2 lagi dah nak marah2. jam belum pun pukul 9 pagi kalau nak cakap dah penat.
Kesimpulan yang Niza boleh buat adalah nurse2 dekat LPPKN ni x freindly. dan macam biasa doktor lebih freindly dekat pesakit berbandaing dengan nurse. Nurse2 kat situ dah la x senyum, semua bende nak suruh kita baca sendiri, dan kalau boleh jangan tanya ape2. Ikut je arahan pada kertas tu. x paham pun buat2 paham. Kita buat rawatan kat situ bukan free, beratus jugak bil nak kena bayar.
Ambil darah kali pertama suami isteri adalah utk check tahap kesihatan suami isteri seperti HIV, Hepatitis B, sakit kelamin dan ape lagi tah... Kos kali ini adalah sebanyak RM 101.00
So kos terkumpul selepas lawatan kali kedua adalah RM 203.80. Next appointment untuk ambil darah kali kedua iaitu pada hari ke-21 period.jatuh pada 2/10/2014. dah amik darah tu tunggu la next period utk jumpe doktor.. hu hu hu sedihnye...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment