Tuesday, October 7, 2014

My TTC Story 6 - Ujian HSG


23 September 2014 @ 3.00 petang

Hari ini merupakan hari untuk Niza buat Ujian HSG - Nak terangkan lebih lanjut pun x reti ujian ni utk ape kan.. so pandai-pandai korang tanya MR. Google ye...

Kami suami isteri dah sepakat untuk buat Ujian HSG ni dekat KPJ Selangor, Seksyen 20 Shah Alam.
Selain daripada kos nye yang murah jika dibandingkan tempat lain, lokasi pun x de la jauh sangat di tambah pulak doktor tu doktor perempuan.....

Kalau nak dibandingkan dengan kawan2 ofis Niza yang lain, Niza ni kira berdikari la jugak.. Boleh je drive sorang kalau setakat nak ke Shah Alam tu kan. Mr. Google or Mr. Waze kan ade...yang penting minyak penuh, Mobile Data ade.. yang lain tu x de masalah....

Sampai kat Hospital tu macam biasa la, daftar pastu tunggu la no. giliran yang bakal dipanggil. Tengah2 menunggu tu My Husband pun sampai. Kononnye nak bagi moral support ls tu....Dekat sejam jugak la menunggu, barulah nama dipanggil.. masuk dalam tu doktor terangla sikit2 pasal ujian ni...

Yang paling penting kena pastikan x pregnant masa buat ujian ni sebab takut ade kesan sampingan pada janin.

aaa.....malu...memang malu.....

Dah la kene baring atas meja... pastu kena kangkang cam nak bersalin depan doktor.. Habis segala macam yang tersimpan kemas selama ni terpampang depan doktor tu bersama dengan 2 orang nurse.
Masa tengah kangkang tu doktor akan suntik sejenis cecair kat dalam kite punya Mrs. XXX tu...Cecair tu masuk je...boleh tengok kat skrin yang tersedia..cecair tu terus mengalir memenuhi ruang rahim kita tu.. Rasenye ??? Mula2 ade rasa senak sikit la...ala-ala macam kene senggugut cam gitu.. Niza ni mmg jenis yang x tahan sakit.. So pada Niza memang sakitla kan... dah la ade bleeding sikit lepas tu...

Sakit macam senggugut tu... cuma kalau senggugut kita bolehla bengkok2 kan badan nak tahan sakit... tapi yang ni kena luruskan je badan tu...x leh gerak2 dah.... bile cecair tu dah masuk semua je...barula nurse akan scan utk keluarkan filem tu.. Sebijik macam mesin photostat kat ofis.. Korang bayangkan je... Korang baring ataas mesin photostat tu,pastu scan je la...dan scan tu terus keluar filem immediately....3 kali scan je, all procedure is done...

Niza boleh bangun dan tukar baju... Nak dijadikan cerita pulak tu..masa nak bangun tu Niza rase pening macam nak pitam pulak...nasib baik x sempat jatuh lagi, nurse minta Niza berehat dan baring sekejap.. Adelah dekat sejam jugak barula Niza boleh bangun dan tukar baju.. Kalau ikutkan 15 dah siap dah sebenarnya. Disebabkan Niza yang pitam..tu yang jadi lame...

Tunggu kat luar x sampai 15 minit result pun siap dan boleh balik... Kat sini boleh amik time slip tau..tp korang kene la minta. Kalau x minta mmg dia x bagi la...

Kos utk hari ni adalah RM 180...so kos terkumpul setakat hari ini adalah RM 383.80...



No comments:

Post a Comment