Tuesday, November 11, 2014

My TTC Story 8 - Jumpa Dr. Hamizah


28 Oktober 2014

Hari ni adalah appointment Niza dengan Dr. Hamizah... Sebenarnya appointment ade sikit mengecewakan Niza jugakla. Bukan ape..Niza mmg period dah tak regular...tapi bile kene tgu bulan depan baru boleh buat treatment sbb doktor ade seminar masa hari 2-5 period Niza.. Tu yang rase frust sikit tu..ape pun x pe la...mungkin bukan rezeki lagi kan..Sabar menanti sahaja la......

Ok.. sekarang cerita pasal sesi kaunseling dengan doktor pulak ye.....

Pagi tu seawal jam 6.45 pagi kami dah kluar dari rumah utk ke LPPKN Jalan Raja Laut sbb kene sampai sana paling lewat kul 8.00... Sebab doktor Hamizah kene gi Putrajaya pulak kul 9.00 tu... Tu yang susah bila kita buat dekat gomen tu kan... banyak memerlukan komitmen masa yang susah nak ikut masa kita....

Dah sah-sah si hero yang bernama Hafiz tu x pergi sekolah hari ni.... Kata opah nya pukul 2 petang baru turun bawah.. Bukan main bermaharajalela dia kat dalam bilik tengok karton..

Sesampai kat LPPKN.. tunggu sekejap je terus jumpa doktor.. Kat bawah ni senarai ape yang doktor cakap kat kitorang :-

Suami Niza :
1. Tiada masalah dalam bab pengeluaran benih
2. Dinasihatkan utk berhenti merokok sbb akan memberikan kesan pada kualiti sperma yang 
    dikeluarkan...walaubagaimana dia masih tiada masalah utk dapat anak lagi

Niza 
1. HSG tunjuk semua ok ( rahim ok...tiub pun ok...ikutkan x de masalah utk pregnant
2. Kitaran haid tidak teratur, menyukarkan utk hamil dan menentukan tahap kesuburan
3. Niza menghadapi masalah kesuburan- iaitu walaupun niza period tapi x de telur dikeluarkan 
    katanya... 

Kesimpulan nya adalah masalah UTAMA  berpunca dari Niza... hu hu hu...sedih.........
Doktor nasihatkan untuk terus je buat IUI, sbb dalan keadaan Niza sekarang ni peluang utk hamil secara normal amatlah tipis.... 

Apepun semua treatment yang nak buat tu bergantung pada period akan datang... ( Kenala tunggu lagi)

Doktor juga ada bagitau, kalau masalah kesuburan biasa kos IUI mungkin dalam RM 800 sahaja tapi dalam kes Niza mungkin boleh menceh RM 1000 ataupun lebih.. Sebab dos uabat yang akan diberikan lebih tinggi daripada yang masalah kesuburan  biasa.....

SO sekarang waiting gor my next period... waiting...waiting... and still waiting...

Tapi doktor ade bekalkan ubat Duphaston ( ubat utk suruh period). Ye la kan, maklumla jenis yang period mmg x regular ni.... 

Prosidur utk IUI nanti Niza bagitau bila dah alami sendiri... sekarang dokor cuma bagitau teori je dulu.. x best la nak citer awa kan.... Kos utk kali ini adalah RM 47.80 menjadikan kos terkumpul setakat ini adalah berjumlah RM 431.60


ni lah lebih kurang rupa report yg LPPKN tu keluarkan ....

No comments:

Post a Comment