Thursday, January 15, 2015

Kebaikan Apple Cider

Assalamualaikum wbt....

Memandangkan ini adalah perkongsian pertama Niza, topik pertama nak cerita adalah kebaikan APPLE CIDER ataupun lebih senang CUKA. Bukan ape..sebab bos- bos Niza kat ofis ni, selalu sangat bagi Niza tazkirah kebaikan Apple Cider ni. So Niza buatlah research sikit pasal kebaikannye.. Masa tulis article ni Niza dah pun mula amalkan pengambilan Apple Cider ni.

Mungkin ramai yang tak tahu apple cider vinegar ini selain 'cuka' yang kadang-kadang orang buat untuk masak ..ia juga digunakan untuk tujuan kesihatan . Dalam2 duk buat research tu adalah terbaca yang Megan Fox ( ala..pelakon transformer tu) mengamalkan Apple Cider ni untuk tujuan nak kekalkan berat badan. Walaupun dan beranak-pinak si Megan Fox ni, tapi.. badan kalahlah anak dara...


Dan satu lagi yang paling bestnye...rupa-rupanya pengambilan cuka satu jam sebelum makan adalah amalan Rasulullah SAW dan para Nabi sebelum baginda. Subhanallah orang barat pun amalkan apa yang Rasullah SAW amalkan... Besar kebaikannya tu. Jom same2 kita amalkan..Disamping dapat kuruskan badan, dapat jugak pahala amalkan sunnah Rasulullah SAW.

APPLE CIDER VINEGAR


Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.

CUKA EPAL RUQYAH – MENGURUSKAN BADAN SECARA SUNNAH, TENAGA BADAN, DARAH TINGGI, KOLESTROL

Nabi saw memakan roti bercecahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum makan apa2 adalah cara rawatan Tibb Nabawi yang AJAIB!!!  Cuka epal (Apple Cider Vinegar) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir. Merupakan makanan sunnah rasulullah saw...

Dalam perubatan Islam:

1) Amat baik untuk rawatan Santau Makan
2) Santau atau sihir merosakkan kulit 


Antara khasiat cuka epal ialah:

DETOX & KURUSKAN BADAN 
Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung membantu mendapatkan berat badan yang ideal....

Selain dari itu bahan ini mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga. selain dari itu lecithin juga membantu meningkatkan daya ingatan.

Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Epal cider juga akan melambatkan rasa lapar.

TEKANAN DARAH
Acetic Asid yang terdapat didalam cuka epal berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi,  menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh menjadikan tekanan darah menjadi normal. 

DIABETES / KENCING MANIS
Apple cider atau cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya mencegah penyakit kencing manis dan arthritis.

MEMBANTU MENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT
Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

KULIT
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit...

BADAN / MULUT BERBAU
Menolong meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk ....juga boleh untuk kaki berbau.

KERACUNAN MAKANAN
Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu  setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea kerana bahan ini mengandungi kadar  pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa.... (anti-diarrhea)

KOLESTROL
Menolong mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida... dengan kata lain mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) .. kolesterol jahat ini menyumbat saluran darah  dan kalau tidak dibakar mengeluarkan sodium berlebihan dari badan (melalui peluh & perkumuhan)

AWET MUDA
Awet muda dan menaikkan seri (kerana tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih, usus bersih menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar. 

Pengamalan apple cider sangat bagu ssekiranya bercadang menguruskan badan secara tradisional dan tanpa pengambilan produk kuruskan badan. Sekiranya masih perlu nak amalkan ubat kuruskan badan. Kenalah selidik betul2 dahulu. Bila dah yakin barulah amalkan.  Pengambilan Cuka plus madu, beserta senaman dan menjaga pemakan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan secara tradisional. Kepada yang tidak mengalami berat badan yang berlebihan jangan risau, pengambilan apple cider tidak akan menjadikan anda kurus kering kerana yang dipecahkan adalah lemak bukan tisu otot anda. 

KHASIAT-KHASIAT LAIN APPLE CIDER DAN MADU :-
 1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Cara Penggunaan: 
1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.
2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…

Rawatan Sihir:  
1) Untuk rawatan santau: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas Subuh     
2) Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa: Gosok cuka kurma dengan kapas sampai merah dan kemudian sapu dengan minyak zaitun


-----------------------------JOM...SAME-SAME AMALKAN APPLE CIDER ---------------------------





No comments:

Post a Comment