Thursday, August 7, 2014

Esok Hari



Hari Sandingnye....

Majlis ni berjalan lancar seperti biasa tanpa cerita-cerita luar biasa untuk diceritakan...
Pihak lelaki datang, duduk atas pelamin sekejap, pastu gi makan beradap, amik2 gambar sikit, rombongan lelaki balik dan lepas tu pergi outdoor shooting...

Memandangkan photographer aku tu Cikgu, dan merupakan Cikgu aku jugak dulu masa aku Darjah 6 iaitu Cikgu Khairul Kahar dan sorang kawannye maka outdoor shooting aku dekat sekolah rendah aku dulu, iaitu Sekolah Kebangsaan LKTP Tersang 1. Kali pertama aku jejak kaki semula kat sekolah tu sejak aku tinggalkan sekolah dulu tahun 1989. Lame dah kan.. Terimbaula sikit2 kenangan sekolah tu sbb bangunannye masih same cuma lebih cantik dan ade tambahan bangunan baru ...

Selain dari Cikgu Khairul Kahar dan kawannye, aku ade amik sorang lagi photograper professioanl yang aku import dari KL untuk merakamkan detik bersejarah kitorang tu. So mase majlis aku tu ade 3 orang photographer la.. Rase macam retis sekejap uuoollss... he he he..... Jom la layan sikit2 gambar wedding ni..
Walaupun dah berlalu kan....
Family kecilku 
Saudara-mara suamiku.. Diorang ni memang sporting bab bergambar ni..yang pompuan2 tgh take turn la tu....
Ini gambar2 bos aku kat office.. hari ni dalam sejarah..Alhamdulillah semua bos aku ade datang majlis kitorang ni. Terima kasih bos besar Dato' Ishak ( sebelah suamiku), En. Yakob, En. Salim, En. Isa, En. Yuhaznel dan En. Sobri sebab hadir dari jauh-jauh ye....
Ini pulak keluarha Swis Construction Sdn Bhd. Alhamdulillah jugak semua rakan-rakan ofis dapat hadir.. pecah rekod tu.. Ofis kitorang ni x besar mane pun.. tapi ade gak ni yang x masuk dalam gambar...

Terima kasih untuk semua tetamu- tetamu yangdatang meraikan majlis kami ... Terima kasih yang tidak terhingga untuk jiran-jiran yang telah menjayakan majlis kami ni....Tanpa mereka majlis ni memang x kan berjalan lancar. Aku x ingat langsung nak amik gambar ngan warga-warga dapur.. Tapi Insyaallah time adik aku kawin akanku pastikan ade gambar warga kerja majlis....

Tamat sudah  majlis di Pahang ...
Time to kemas dan basuh segala pinggan mangkuk .................
Tukar baju la pulak sebab baju hijau tu dah kotor 
Ala-ala gambar dolu-dolu kononye ...

Ini la phographer-photographer kitorang.. 3 orang tu .. mau x rase macam retis kan...
Alfatihah utk Arwah Roland Hashim ( baju T-Shirt hitam)  yang telah kembali ke Rahmatullah 2 tahun selepas wedding kami....

No comments:

Post a Comment