Thursday, August 7, 2014

Majlis Bertandang

Seminggu selepas majlis di Pahang, Majlis pihak lelaki pulak di adakan ...
Lupa nak kenalkan, suami aku ni berasal daripada Perak, tapi dibesarkan sepenuhnya di sekitar KL dan Selangor.. sebab tu majlis diadakan dekat Bandar Saujana Putra, Puchong, Selangor ..

Suami aku ni sekolah rendahnye kat Jalan Pasar KL, Sekolah Menengah kat Aminudin Baki, masuk UTM pun kat Jalan Semarak. KL, sebab tu aku cakap dia ni dibesarkan sepenuhnya kat sekitar KL je....

Sebelum majlis kat belah suami aku, aku dah masuk ofis dulu, maklumlah orang penting kononnye, mane boleh cuti lame@ kan..kuang!!! kuang!!!kuang!!! Perasan bagus je kan ...

So disebabkan aku dah balik awal, so aku bersiap je kat rumah sewa aku ( eh.. sewa ke? rasenye macam rumah ofis je...he he he) dekat Subang Jaya, belakang ofis aku je.. Family aku datang dari kampung pun singgah kat umah sewa aku tu dulu sebelum gerak ke tempat majlis ...

Jom layan pulak gambar kat majlis belah lelaki ...

Kalau kat Pahang outdoor shooting sekolah rendah aku, kat sini kitorang gi shooting kat Putrajaya...hu... hu.... hu...



Ini gambar anak buah aku ye.. solo lagi tu..tahun ni baru nak amik SPM .. dia la jadi dayang aku sepanjang majlis kat Pahang hari tu....


Ini gambar keluarga mertuaku yang suka bergambar .....


Ini kat Putrajaya .. x dan nak bergambar beria-ria hujan la pulak !!!!

sempatla jugak posing sebelum hujan turun dengan lebatnye .....


Photographer kitorang kat sini adalah Azrin, iaitu kawan kitorang mase dalam KELANA SISWA UTMKL dulu... kat sini la kitorang berkenalan sebenarnya .......TQ Abang Azrin...

No comments:

Post a Comment